Tuesday 31 July 2018

DURIAN FEVER

Doktor kata HB Kak Nurul normal & suhu badan pun okay 36.7°© kalau HB tak normal, nak kena drip tadi.

Memang betul lah, durian fever ni plus dengan pulasan, rambutan merah & gading. Then, last Friday Kak Nurul dah promised dengan diri sendiri nak rest Monday & Tuesday sebab nak spend time with my princess ☺

Betul² Allah swt rehatkan Kak Nurul supaya bersama dengan my princess ♥

Insya Allah esok start back my #massage Insya Allah macam ada 1 slot kosong jam 8.00  jika kastemer malam ni takda hal esok.

Khamis & Jumaat this week, Kak Nurul available @ 6.00 pm - 8.00 pm:

Puan Nurul Izzah binti Ahmad
Terapis Spa & Berpantang
Kak Nurul Urut Pantang Bersalin
☎ 017.632.5250

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa

Friday 27 July 2018

AURA AWET MUDA

AURA AWET MUDA
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Urutan bukan sahaja buang angin serta singkirkan toksin dalam tubuh badan di samping melembutkan urat tegang & tingkatkan stamina (kurangkan kelesuan & stress),

Urutan juga menaikkan Aura Awet Muda bilamana, dengan urutan, aliran darah dilancarkan, maka badan pun terasa ringan, wajah menjadi segar bugar, maka bangkitlah Aura Awet Muda itu ☺

Puan Nurul Izzah binti Ahmad
Terapis Spa & Berpantang
Kak Nurul Urut Pantang Bersalin
☎ 017.632.5250

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa #urutan #urutantradisionalmelayu

BIDARA BABY OIL

Salam Pagi ☀

Alhamdulillah since sapu & urut #bidarababyoil ni kat my princess, dah kurang dia masalah kembung perut & meragam sebab ketidakselesaan perut & badan. Paling ketara masalah kembung perut dah semakin berkurangan ☺

Memang tak dapat nak urut beria² macam dulu. But, tulang pinggang, bawah ulu hati, ari², peha, betis, pelipat & tapak kaki wajib disapu sebab disitulah ruang² angin mudah menakluk tubuh badan.

Tapak kaki pun kena sapu Vicks balsam baby juga selain dari bidara baby oil ni. My princess pun selesa bile disapu dengan minyak ni sebab baunya harum di mana minyak ni diekstrak dengan honeydew selain bidara.

Bidara Baby Oil
Kuantiti : 30 ml
Harga : rm30.00

#kaknurulurutpantangbersalin #urutbayi #babyoil #nawalherbalbeauty #agenPutrajaya

BILE BERSALIN CZER 😱

Alhamdulillah,

Selesai sesi #urutan tradisional melayu Puan Suraya di rumahnya petang tadi. Bersalin secara caeserean 1 tahun 11 bulan yang lepas. Katanya perut keras & besar serupa ibu mengandung sedangkan masa berpantang tempoh hari, perut tak lah besar mana.

Bile diterapi perutnya dengan urutan #medu berderap bunyi angin dalam perut saling sahut menyahut. Dan Kak Nurul advise, rajin² lakukan tuaman perut serta lagi elok dituam seluruh badan. Antara kebaikannya, buang angin serta lembutkan urat yang tegang.

Katanya next nanti nak konsisten buat urutan dengan Kak Nurul, bile ditanya kekerapan sebaiknya melakukan urutan berapa kali sebulan?

Jawapan Kak Nurul, at least sebulan sekali dilakukan bagi tujuan keluarkan angin yang mana, angin tersebut jika dibiarkan boleh menjadi toksin dalam tubuh badan 😱

#kaknurulurutpantangbersalin #mobilespa #urutantradisionalmelayu #angin #tukangurut #terapis #spadirumahanda

Thursday 26 July 2018

Urutan Sengkak Peranakan - 2 orang

Alhamdulillah,

Selesai 2 slot #urutan sengkak peranakan Puan Tilla & Puan (oops 🙊 lupa nama) petang hingga malam.

Zaman sekarang masih ada kehidupan zaman gua batu. Hidup menghambakan diri atas benda khurafat & syirik. Orang lain dijadikan mangsa atas ilmu hitam dia 😱

Alhamdulillah, diterapi seluruh tubuh badan, sendawa non stop keluarkan angin sampaikan katanya rasa lega sangat serta rasa best badan diurut dengan minyak urut Kak Nurul iaitu minyak zaitun + ginger oil + herbal oil.

#kaknurulurutpantangbersalin #mobilespa #urutan #urutansengkakperanakan #sengkak #rahim

Tuesday 24 July 2018

PAKEJ PROMOSI - PUAN MIA

Alhamdulillah,

Selesai Pakej Promosi Julai Puan Mia di rumahnya petang tadi:

💆urutan tradisional melayu
💆tuam badan
💆normal facial

#kaknurulurutpantangbersalin #pakejpromosi #urutan #urutantradisionalmelayu #tuambadan #bertungku #facial #normalfacial

Sunday 22 July 2018

TAUHU & BERPANTANG

Alhamdulillah,

Selesai sesi Pakej #Bersalin Puan Nani:

💆 urutan tradisional khas bersalin
💆 tuam badan

Non stop dari start diurut hinggalah kepada last, tuam seluruh badan, angin keluar (sendawa). Katanya sedap dapat berurut sebab hari ni, masuk hari ke-19 tak berurut lagi memandangkan sebelum ni, ada masalah seluruh badan gatal² kulit.

"PERANAKAN DAH MASUK ANGIN, URAT TEGANG, NI NANTI KAMU SAPU SELURUH BADAN DENGAN LOSYEN PANAS ATAU MINYAK HERBANIKA NR. MANDI PUN DENGAN MANDIAN HERBA"

Ada jenis orang, lambat berurut ok, ada yang jenis lambat diurut, angin masuk dalam badan. Paling kita tak nak, bile angin attack peranakan / rahim. Nanti habis satu badan demam, then jadi bentan. Bile dibiarkan, maka melarat kepada angin meroyan 😱

Agak² tauhu boleh makan ke masa berpantang? Jawapan Kak Nurul, tauhu tu soya. Soya is kekacang. Ikutlah badan, kalau rasa kuat, makan je ☺

#kaknurulurutpantangbersalin #pakejbersalin #urutanbersalin #tuambadan #bersalin #berpantang #confinement

Saturday 21 July 2018

ANGIN PERANAKAN

Alhamdulillah,

Selesai sesi #urutan tradisional melayu Puan Zai pagi ni di rumahnya. Lama menunggu rezeki untuk mendapat cahaya mata, alhamdulillah katanya dapat sorang sahaja & pernah melakukan urutan sebelum ni, katanya susah nak #mengandung disebabkan bentuk rahim / perut.

Bile diterapi lalu disengkak, angin dah masuk ke #peranakan & #rahim jatuh. Terasa sangat masa rahim ditolak ke tempatnya semula. Barulah nampak aliran darah lancar serta ringan badan.

Then, nak continue dengan urutan & #wapherba next slot ☺

#kaknurulurutpantangbersalin #mobilespa

Pakej Signature - Puan Affini

Alhamdulillah,

Selesai sesi Pakej Signature pagi ni Puan Affini di Home Spa Kak Nurul:

💆wap herba 
💆cinnamon body scrub
💆rice body mask
💆mandian aura kasih (bunga)
💆urutan aura kasih
💆tuam badan
💆aura wajah

Plus with beli Jamu Manjakani 1. Sedap katanya berurut dengan Kak Nurul since on the first time mendapatkan rawatan bersalin dari Kak Nurul.

Katanya sebelum tu berurut dengan Terapis berusia dari Kak Nurul, tapi lepas seminggu nak disengkak beria² rahimnya sedangkan dia bersalin secara caeserean 😱

Bukan sahaja Puan Affini, ibunya juga merupakan kastemer Kak Nurul untuk urutan. Katanya, berasa badan berurut dengan Kak Nurul. That's why, dah tak moh bertukar Terapis.

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #pakejspa #spa #wapherba #bodyscrub #bodymask #urutan #mandibunga #tuambadan #aurawajah

Friday 20 July 2018

BUBUK SEGAR

Alhamdulillah,

Siap juga bubuk segar untuk wap herba Kak Nurul. Bubuk segar ni juga elok untuk dijadikan mandian herba mahupun mandian serum di mana khasiatnya:

✔ buang angin
✔ singkirkan toksin
✔ segarkan tubuh badan
✔ hilangkan bau badan (wangi)
✔ atasi masalah sakit kepala, migrain & stress
✔ atasi masalah vagina berbau (cucian)

Hanya tambah sedikit sahaja di dalam ramuan wap herba, tangas, sauna, mandian herba, mandian daun serum serta air cucian.

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa #bubuksegar #wapherba #tangas #sauna #mandianherba #mandiandaunserum #cucian

Thursday 19 July 2018

DOWNTOWN

Assalamualaikum wbt,

Awal pagi masak #manjakani then nak throwback story malam tadi. Kata Puan Shida, lama sangat dah sakit kakinya itu.

Bile disentuh uratnya, dah kebas. Aliran darah tak lancar antara punca berlakunya kebas urat. Diterapi urat kakinya, first still ada rasa sakit lagi, bile direpeat & ditunjukkan tempat yang sakit, diurut dengan sedikit tekanan, lega katanya. 

Katanya ada berurut di booth urut refleksologi kat Downtown, diurut dengan wanita bangsa asing, terus makin sakit katanya 😱

#kaknurulurutpantangbersalin #mobilespa #Urutan #urutantradisionalmelayu #urutkaki #refleksologi

Wednesday 18 July 2018

PELUH OH PELUH, LEGA RASANYA ☺

"SEDAPNYA DAPAT KELUARKAN PELUH. SAYA MEMANG DAH LAMA NAK BERSAUNA SEBAB NAK KELUARKAN PELUH. TAMBAH LAGI, BADAN TENGAH TAK BERAPA NAK SIHAT"

Alhamdulillah, selesai sesi Pakej Urutan Tradisional Melayu + Wap Herba Puan Sumaiyah di rumahnya petang tadi.

Sedap urutan Kak Nurul katanya sebab tak sangka badan kecil, tapi terasa urutan. Ditambah lagi dengan aroma minyak urut yang digunakan, rasa ringan kepala.

#kaknurulurutpantangbersalin #mobilespa #urutan #urutantradisionalmelayu #wapherba

Monday 16 July 2018

TAK MOH DAH TERAPIS LAIN KATANYA

Alhamdulillah,

Selesai sesi urutan tradisional melayu Puan Fieyzah Niza di rumahnya petang tadi. Dah berhari² demam, tak selesa badan katanya. Nak berurut tempat lain, katanya dah selesa dengan Kak Nurul sahaja.

Alhamdulillah, selesai sesi urutan, angin keluar then terasa ringan badan.

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa #urutan #urutantradisionalmelayu

Sunday 15 July 2018

ANDA PENYEBAB IBU MEROYAN!

Anda orang kedua punca & sebab musabab ibu itu mengalami Post-Partum Depression 😱

.
👉 pandang sinis atau sound setepek ibu itu beri baby dia susu formula sebab anda kata, baby tak cukup 2 years, kenapa perlu beri susu formula?

.
👉 anda sound setepek juga, kurang setahun dah bagi ubat bile demam atau sakit sedangkan doktor yang advise suh bagi.

.
👉 comparekan dengan baby lain atau baby sendiri sedangkan baby anda atau baby lain taklah hebat mana pun 😁

Banyak lagi yang anda dah sakiti hati ibu itu tanpa anda sedari. Jangan nak annoying sangat even bukan dengan perbuatan, tetapi dengan kata² sedangkan ibu itu dah sehabis baik jaga hati anda.

Anda nak jadi tecer Tabika Perpaduan tetapi malangnya cara anda itu buat ibu tertekan dalam diam. Dalam diam², ibu itu jaga sendiri baby dia, anda pula, masih ada ibu atau ibu mertua yang tolong anda jaga & uruskan baby.

So, beware with your words cuz It Might Been Hurt Baby 😉

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa #postpartumdepression #meroyan #gilemeroyan

SENGKAK RAHIM BALIK KE TEMPATNYA

Salam Pagi,

Baru dan nak ngedet after shower my princess. Throwback story semalam, selesai 2 sesi iaitu:

💞 Pakej Penutup Pantang Puan Wani (urutan sengkak peranakan + bertungku + wap herba). First time disengkak, terasa katanya masa rahim ditolak naik kembali semula ke rumahnya. Ditanya kenapa masa rawatan berpantang hari tu, tak rasa macam ni?

Jawapan Kak Nurul adalah masa rawatan berpantang hari tu, sengkak pembuka dilakukan memandangkan rahim masih membengkak & rahim tidak akan disengkak sepenuhnya jika kurang dari 30 hari.

Then, katanya lagi, lepas Kak Nurul urut leher baby dia, tak masuk 30 hari baby dia dah mula nak angkat kepala.

💞 urutan tradisional melayu Puan Ina Kastam - katanya suka berurut dengan Kak Nurul time tengah period sebab aliran darah jadi lancar. Banyak darah keluar memang rasa lega sangat².

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa #urutan #urutantradisionalmelayu #Bersalin #berpantang #pakejpenutuppantang

Thursday 12 July 2018

ANGIN MAK & ANAK

Alhamdulillah,

Selesai sesi urutan tradisional melayu ibu & anak di rumah mereka malam semalam. Sakit seluruh badan kata ibunya.

Lepas diurut seluruh badan, sedap & ringan kata ibu & anak sebab dah tak tahan sakit sangat. Lega dapat diurut seluruh badan especially tang rahim.

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa #urutan #urutantradisionalmelayu

SESAK DADA, ANGIN

Alhamdulillah,

Selesai sesi urutan tradisional melayu Puan Liyana di rumahnya petang ni.

Masalah angin dalam badan yang sangat banyak sehingga sesak dada, doktor suspected related dengan jantung. Susah nak sendawa that's why, dada jadi senak.

Alhamdulillah, selepas diurut, sendawa then ringan badan katanya. Rasa selesa & nak tidur pun selesa tambah lagi kepala diurut. Memang hilang segala sakit kepala.

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa #urutan #urutantradisionalmelayu

Wednesday 11 July 2018

AURA

Assalamualaikum wbt,

Bukan sahaja tubuh badan diterapi, jiwa & rohani juga diterapi aura negatif disingkirkan & aura positif dicaj.

Bila tubuh dipositifkan, maka fikiran pun tenang, tubuh badan kembali segar & stamina dipertingkatkan. 

Puan Nurul Izzah binti Ahmad
Terapis Spa & Berpantang
Kak Nurul Urut Pantang Bersalin
☎ 017.632.5250

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa #urutan #urutantradisionalmelayu

Bile Badan Terasa Ringan

Alhamdulillah,

DONE slot urutan tradisional melayu 2 orang hari ni - Puan Abidah & Puan Deq Norm

Kedua² komen satu sahaja iaitu "RINGAN BADAN" lepas berurut. Ditambah pula kedua-duanya masalahnya 2 iaitu Angin & Urat.

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #moilespa #urutan #urutantradisionalmelayu

Tuesday 10 July 2018

SEMALAM PUNYA STORY

Alhamdulillah,

Selesai 2 sesi urutan hari ni:

💆urutan kanak-kanak - Adik Dira, baby of Deq Norm demam on off katanya. Badan pun dedor² (suam² hangat). Bile diurut, urat seluruh badan tegang, angin banyak. Aha, jangan ingat budak umo 2 tahun takda masalah angin & urat ☺

💆urutan tradisional melayu - bonda Puan Siti Aisyahpantangfood urat badan cekang. Ditambah lagi angin seluruh badan serta kerap terjatuh.

Bonda dia tanya, "Esok lusa boleh ke kalau nak sambung lagi Urutan? Sebab nak buat 3 kali urutan baru sedap.

Maaf acik, day full house 😉

#kaknurulurutpantangbersalin #urutan #urutantradisionalmelayu #urutankanakkanak

Saturday 7 July 2018

PAKEJ PROMO

Assalamualaikum wbt,

Pakej Promo Extravaganza kini kembali semula 🎉🎇🎆🎊 Grab salah satu daripada promo yang disediakan atau anda boleh grab kesemuanya 😱

Promo bermula dari 9 - 31/7/2018. Book your slot now sebelum que list jadi panjang lebar. Ada FREE GIFT 🎁 untuk mereka yang mengambil pakej promo ini 😲😳😵

Call / WhatsApp untuk set appointment anda:

Puan Nurul Izzah binti Ahmad
Terapis Spa & Berpantang
Kak Nurul Urut Pantang Bersalin
☎ 017.632.5250

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa #pakejpromo

Thursday 5 July 2018

GEL MANDIAN AZZAHRA

Gel Mandian Azzahra
🍀🍀🍀

Tekan pam gel mandian kat tapak tangan, mandi macam biasa, non stop angin keluar. Sabun seluruh badan, gosok² sikit biar herba meresap masuk dalam kulit, bilas dengan air suam, of course air suam sebab Mak Tang mana boleh mandi air sejuk.

Ringan & segar tubuh badan, kepala pun tak pusing, bau herba gel mandian Azzahra sama macam air rebusan mandian herba lain.

Sangat mudah nak mandi especially Mak Tang yang terpaksa berpantang sendiri. Takda sape nak bantu sediakan air rebusan mandian herba.

Antara khasiat Gel Mandian Azzahra adalah:

💖 buang angin serta singkirkan toksin dalam tubuh badan
💖 mengurangkan rasa sakit kepala ketika berpantang
💖 elak angin masuk dalam badan
💖 melembutkan kulit
💖 menyegarkan serta mengharumkan tubuh badan

Senangnya gel mandian Azzahra ni, tak perlu direbus, lepas mandi tak perlu nak bersihkan lantai atau ditapis & kemudian nak kena masukkan dalam baldi & campur dengan air sejuk.

Bukan sahaja Mak Tang, yang tak berpantang, husben, anak² serta seisi keluarga pun boleh guna. Badan pun terasa hangat² ibarat mandi air rebusan herba yang biasa kita gunakan tu.

Kuantiti : 300 ml
Harga : rm60

Puan Nurul Izzah binti Ahmad
Terapis Spa & Berpantang
Kak Nurul Urut Pantang Bersalin
☎ 017.632.5250

#kaknurulurutpantangbersalin #homespa #mobilespa #nawalherbalbeauty #agenPutrajaya #gelmandianAzzahra

GEL PARAM PILIS PLUS SLIMMING

Salam Petang,

Tak panas, tak sejuk, pastinya bau herbanya sangat menusuk ke kalbu. Tak perlu dibancuh, hanya disapu sahaja di perut & dahi sebagai param pilis.

Biarkan kering meresap masuk ke dalam liang² kulit badan, then tak perlu dibilas.

Puan Nurul Izzah binti Ahmad
Terapis Spa & Berpantang
Kak Nurul Urut Pantang Bersalin
☎ 017.632.5250

#kaknurulurutpantangbersalin #nawalherbalbeauty #agenPutrajaya #gelparampilisplusslimming

Wednesday 4 July 2018

SESI KEDUA URUTAN BERSALIN - PUAN AMI

Alhamdulillah,

Selesai sesi kedua urutan tradisional khas bersalin Puan Ami Zamira Zakaria

Baby non stop merengek nak menempel sepanjang sesi rawatan. Last² kena bedung oleh Kak Nurul, lena terus 😴

#kaknurulurutpantangbersalin

SESI KEDUA URUTAN BERSALIN - PUAN AMI

Alhamdulillah,

Selesai sesi kedua urutan tradisional khas bersalin Puan Ami Zamira Zakaria

Baby non stop merengek nak menempel sepanjang sesi rawatan. Last² kena bedung oleh Kak Nurul, lena terus 😴

#kaknurulurutpantangbersalin

SET BERSALIN

Assalamualaikum wbt,

Mummy To Be dah get ready barang² untuk menyambut little prince / princess Mummy?

Tak tahu nak pilih set bersalin yang mana? Sebelum nak buat pilihan, pelajari sikit keperluan & kebaikan setiap produk. Nawal Herbal Beauty antara set bersalin yang pastinya mengembalikan semula kecantikan tubuh badan Mummy selepas melahirkan baby.

Panjang story nya, nak tahu details, boleh call / whatsapp terus dengan Kak Nurul 📲 017.632.5250

Ada air bunga tau untuk naikkan seri wajah selepas bersalin ☺

#kaknurulurutpantangbersalin #nawalherbalbeauty #agenPutrajaya #setbersalin #berpantang #bersalin

Tuesday 3 July 2018

URUTAN TRADISIONAL KHAS BERSALIN - PUAN AMI

Siap kemaskan barang untuk rawatan petang ni, minyak urut untuk urutan tradisional khas bersalin Puan Ami Zamira Zakaria

Insya allah sambung pula dengan urutan tradisional khas melayu (1/2 body) Kak Rozaimah Mohd Din

* urutan ni sama macam kita mengasuh bayi / anak orang. Mereka amanahkan kepada kita untuk terapi tubuh badan mereka. Mengasuh pula ibu bapa bayi / anak tersebut amanahkan kita untuk jaga bayi / anak mereka.

#kaknurulurutpantangbersalin #urutan #bersalin

IPAR

Alhamdulillah,

Selesai 2 sesi #urutan tradisional khas melayu adik ipar & kakak ipar Puan Ku Anis Ku Zamil & Kak Ngah di rumah mereka.

Lega belakang badan kata Anis selepas diterapi dengan urutan dari Kak Nurul, baru boleh gerakkan badan compare dengan sebelumnya.

Kak Ngah pula kata, sakit belakang dia sampai rasa pening kepala. Bile disentuh urat yang  bermasalah, memang terasa sangat.

Puan Nurul Izzah binti Ahmad
Terapis Spa & Berpantang
Kak Nurul Urut Pantang Bersalin
☎ 017.632.5250

#kaknurulurutpantangbersalin #urutan #urutantradisionalkhasmelayu #mobilespa #putrajaya #spadirumahanda

Monday 2 July 2018

AURA WAJAH

To all the ladies & women,

Undangan Open House masih lagi on kan? Moh naikkan seri & aura wajah anda.

#kaknurulurutpantangbersalin #facial #aurawajah #mobilespa #homespa

Sunday 1 July 2018

RITUAL MANDI BUNGA

Mandi Bunga,

Yang tak bertemu jodoh, kita usahakan,

Yang tak tenang hidupnya diganggu makhluk halus, kita jauh² kan,

Yang dibenci dipandang semacam, kita naikkan serinya,

Dan banyak lagi khaifiat ritual Mandi Bunga ni. Percaya atau tidak, jadi atau tidak, semuanya atas izinNya jua. Kita hanya berusaha, selebihnya Dia yang mengizinkanNya.

Tatacara mandi sangat tersusun tertib. Jika tidak upaya dilakukan pada malam bulan penuh, lakukannya di ketika tubuh badan tidak berada dalam keadaan badan besar (haid / nifas / gugur). Ramai yang masih tak tahu, ketika didatangi darah haid, tak boleh mandi bunga.

Ya benar, sebab tatacara mandinya sangat kemas & haruslah dalam keadaan suci bersih sebab wajib membaca selawat & doa serta mengambil air wudhuk. Dan waktu untuk mandi juga bukan pada bila2 masa.

Puan Nurul Izzah binti Ahmad
Terapis Spa & Berpantang
Kak Nurul Urut Pantang Bersalin
☎ 017.632.5250

#kaknurulurutpantangbersalin #bunga #mandibunga #homespa #mobilespa

PAKEJ PENUTUP PANTANG 50 HARI - PUAN NOR

Alhamdulillah,

Selesai sudah Pakej Penutup Pantang 50 Hari Puan Ellymello Shahrill di rumahnya jam 11.10 am - 2.10 pm

💆urutan 'signature'
💆bertungku
💆FREE Mandi Limau Aura Kasih

Ringan badan sangat katanya lepas berurut ditambah dengan bertungku seluruh badan sebab agak letih sikit duduk menyusukan baby.

Ditambah pula totok wajah dengan menggunakan aura kasih oil, naik seri wajah bukan sahaja diurut, malahan ditotok serta direlakskan dengan urutan leher serta kepala yang banyak menyimpan angin.

#kaknurulurutpantangbersalin #penutuppantang #mobilespa #urutan #bertungku #urutansignature