Saturday 16 June 2018

URUTAN IBU SELEPAS BERSALIN

Kak Nurul Urut Pantang Bersalin
Perempuan & Wanita Sahaja
Urutan Ibu Selepas Bersalin

Tempoh masa rawatan antara 90 minit hingga 120 minit (1 jam 30 minit hingga 2 jam) bergantung kepada masalah tubuh badan ibu. Urutan merangkumi terapi urutan seluruh badan termasuk urutan lancar susu, rawatan bengkak susu (jika berkaitan), urutan medu plus dengan sengkak pembuka serta urutan wajah bagi tujuan lancarkan aliran darah serta kembalikan kesegaran wajah ibu selepas melahirkan bayi.

Untuk ibu yang bersalin secara normal, urutan bermula pada hari ke-3 atau 4 manakala untuk ibu bersalin secara c-section (ceaserean), urutan bermula pada hari ke-10 atau 14. Walau bagaimanapun, ibu yang bersalin secara c-section digalakkan untuk melakukan urutan kesegaran pada hari ke-3 atau 4 bagi tujuan elak berlakunya masalah bengkak susu atau tambah susu badan.

Urutan sangat penting bagi ibu selepas melahirkan anak di mana dengan urutan, ibu akan berasa:

  1. kembali segar selepas melahirkan bayi 
  2. keluarkan angin 
  3. menghilangkan kelesuan 
  4. menaikkan seri wajah & tubuh 
  5. bertenaga untuk menyusukan bayi 
  6. elak berlakunya masalah bengkak susu yang mana boleh membawa kepada masalah bentan jika dibiarkan sehingga menjadi demam
  7. melancarkan aliran darah nifas serta urutan juga boleh mengeluarkan darah kotor selepas bersalin
Selepas urutan juga, sebaiknya tuam badan dengan menggunakan batu sungai / batu gunung / tungku besi yang dibalut dengan daun herba sangat digalakkan bagi tujuan melancarkan lagi aliran darah nifas, keluarkan angin, kecutkan rahim selepas bersalin & kembalikan semula bentuk badan. Dengan tuaman juga, boleh melancarkan aliran susu badan serta atasi masalah bengkak susu. 

Puan Nurul Izzah binti Ahmad 
Terapis Spa & Berpantang 
Kak Nurul Urut Pantang & Bersalin 
017.632.5250

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 6.00 pm - 9.00 pm 
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9.30 am - 7.00 pm

No comments:

Post a Comment